Terma & Syarat

Sebelum mengakses laman web/ portal ini , anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat berikut. Sila sahkan persetujuan anda kepada terma dan syarat penggunaan ini dengan menekan “ setuju “ pada akhir peruntukan tersebut. Peruntukan ini adalah khusus kepada penggunaan laman web/ portal My Falah Niaga.

Jangka masa pakej

1. Pengguna yang telah membayar yuran langganan akan diberikan pautan pengguna My Falah Niaga.

2. Penaktifan My Falah dikira daripada tarikh penghantaran pengesahan langganan kepada pengguna.

3. Pengguna hendaklah menggunakan sistem dengan beretika termasuk menjaga keselematan berkaitan butiran akses akaun memastikan tidak ada individu yang lain dapat mengakses akaun anda.

4. Akses akaun My Falah tidak boleh dipindah milik.

5. Jangka masa perkhidmatan diberikan kepada pengguna adalah tertakluk kepada pakej yang dipilih.

Keselamatan Data

1. Perlindungan Data

-Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada ketetapan keselematan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

2. Keselamatan Storan

-Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi adalah dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

-Pihak My Falah Niaga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pencerobohan syber yang berlaku disebabkan kecuaian pengguna.

Penyimpanan Data

1. Akses langganan yang telah diberikan tidak boleh dipinda kepada tahun berikutnya sekiranya sekiranya diguna pakai.

2. Tidak ada sebarang tuntutan wang ringgit dibenarkan bagi langganan yang tidak digunakan dan tiada sebarang pembatalan yang dibenarkan melainkan tamat tempoh langganan.

3. Langganan akan tamat dengan sendirinya apabila cukup tempoh mengikut pakej ketika langganan dibuat.

4. Pihak My Falah akan memberi notis melalui e-mail bagi langganan yang hampir tamat tempoh.

5. Pengguna dinasihatkan untuk memperbaharui pakej langganan 30 hari sebelum tamat tempoh langganan.

Kemaskini Data

Pada bila-bila masa pihak My Falah akan mengemaskini system tanpa memerlukan persetujuan mana-mana pihak. Notis pemberitahuan akan dihantar kepada pengguna My Falah bagi tujuan menambah baikkan.

Pemeliharaan hak cipta

Anda dibenarkan mencetak,memuat turun( downloand) atau memindah apa-apa maklumat dalam kandungan laman web/ portal ini untuk kegunaan persendirian sahaja dan bukan bagi tujuan komersial.Anda tidak dibenarkan membuat apa-apa salinan,penyiaran,muat turun,muat naik.penyimpanan,pemancaran,penyesuaian atau pengubahan melalui mana-mana cara dan bentuk terhadap maklumat dalam kandungan web/portal ini tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis daripada My Falah sebarang modifikasi ke atas apa-apa maklumat yang terkandung dalam laman web/portal ini boleh atau akan mengakibatkan pendakwaan jenayah yang sewajar.

Penjanjian Pengguna

Pengguna membenarkan My Falah Niaga menghubungi mereka melalui pesanan ringkas atau email bagi memberikan maklumat mengenai My Falah Niaga dan yang berkaitan dengannya.